TEKNOLOGI ROKOK
Terbahagi kepada 3 komponen rokok mempunyai fungsi teknologi tersendiri :
Terbahagi kepada 3 komponen rokok mempunyai fungsi teknologi tersendiri :
Kertas
- Lapisan gulungan kertas rokok ini tercipta khas bagi zon penerapan.
- Fungsi kertas ini adalah untuk memyimpan tembakau yg berlainan jenis.
- Kertas ini dicipta khas mempunyai liangan untuk ventilasi pembakaran bara atau menjaga kadar pembakaran dalam material tembakau rokok dan stabiliti produksi abu.
- Kertas ini digunakan di tip rokok dan persekitaran penapis rokok untuk stablikan bibir daripada air liur.
- Kadar pembakaran kertas rokok terkawal dengan adanya komponen mikro kristal selulose didalam kertas.
- Dengan itu, kertas rokok ini direka khas “fire-safe” iaitu tidak mudah terbakar kerana mempunyai pelbagai gabungan liangan dalam textur kertas ini.
- Teknologi kertas ini mampu mengawal tahap kelajuan pembakaran yang membolehkan mereka untuk terpadam sendiri.
- Kertas ini juga diikitraf sebagai
“fire-safe” kerana mengandungi komponen jenis campuran cecair yang tidak
terbakar didalam kertas ini.
Tembakau
- Campuran tembakau ini keseluruhannya adalah terpilih daripada daun tembakau yang terbahagi kepada tiga iaitu daun tembakau jenis flue-cured brightleaf, tembakau burley dan tembakau timur.
- Setiap bahagian daun tembakau ini menghaslikan produk seperti batang daun, habuk tembakau dan kepingan daun tembakau yang dipanggil lamina kecil.
- Bagi memantapkan rasa rokok ini, produk tembakau mengisi rasa rokok dengan daun dicampur (blended leaf), daun yang dibancuh semula, (reconstituted leaf) dan batang terbaik (expanded stems).
- Setiap bahagian daun ini mempunyai proses tersendiri bagi menentukan rasa berlainan dan tambahan lagi ia juga perisa tambahan.
Bahagian-bahagian rokok yang mempunyai fungsinya tersendiri.
- Teknologi penapisan putung rokok ini mempunyai lubang-lubang kecil khasnya bagi penapisan ventilasi ketika rokok ini dihisap.
- Didalam isi penapisan ini terkandung liangan bernafas dimuatkan dalam lilitan tip penapis. (biasanya penapisan rokok biasa mempunyai satu cincin bulatan liang bernafas manakala kategori light dan ultra-light mempunyai hingga dua ke ketiga cincin bulatan.
- Penapisan putung rokok ini terbahagi kepada dua iaitu asbestos dan bukan asbestos yang telah berubah mengikut peredaran zaman.
- Pelbagai tapisan dihaslikan iaitu seragam (uniform), seiring (tandem), sandwic (sandwich), bercampur (mixed) dan penghafasan (ventilated)
Perkembangan transformasi penapis rokok mengikut peredaran zaman iaitu Penapis Asbestos dan Bukan Asbestos.
KANDUNGAN ROKOK
Kandungan utama dalam rokok yang menidenitifikasikannya sebagai seputung rokok adalah elemen Tar, Nikotin dan Karbon Monosikda.
Kandungan utama dalam rokok yang menidenitifikasikannya sebagai seputung rokok adalah elemen Tar, Nikotin dan Karbon Monosikda.
Selain daripada elemen utama ini terdapat dalam satu putung rokok ini, ada terdapat banyak kandungan termasuk dalam golongan kimia rokok. Kandungan tersebut adalah Formaldehyde, Hydrogen Cyanide, Hydrozine, Ammonia, Cadmium, Ethanol, Acetone, Napthalene, Toulene, Dimenthylamine, 3-Methypridine, Acetic acid, Phenol, Zinc, Nitrobenze, Butane, Quinoline, Methylamine, Methylchloride, Hyrdoquinone,Polonium-210, Glycolic Acid dan lain-lainnya
Dari segi penemuan baharu dan peredaran zaman, dalam isi kandungan rokok ini dihubungkankaitkan dengan darah sel babi yang menyebabkan isu dan kontroversi dikalangan umat Islam.
Tambahan lagi kandungan nikotin mempunyai komponen ketagihan sama seperti ketagihan minuman arak. Akan tetapi arak bersifat rekreasi sahaja manakala rokok adalah bersifat rutin.
Komponen didalam kandungan rokok. Sumber dipetik daripada : intra.hukm.ukm.my
Salah satu petikan akbar berita menyatakan bahawa puntung rokok mengandungi darah babi.
STRUKTUR ROKOK
Strukur rokok terbahagi kepada tiga iaitu bahagian hadapan, isi rokok, fungsi penapis dan juga pembungkus kertas rokok.
Strukur rokok terbahagi kepada tiga iaitu bahagian hadapan, isi rokok, fungsi penapis dan juga pembungkus kertas rokok.
- Kertas tip adalah lapisan bagi mebaluti dengan dalaman penapis puntung rokok yang dinamakan plak balut kertas.
- Plak balutan kertas adalah berfungsi sebagai penapis ketika rokok dinyalakan. Selain daripada itu ia berfungsi sebagai pemegang jari dan dimana bibir penguna menyedut asap dari rokok ini.
- Kertas rokok ini berfungsi sebagai penempatan daun tembakau dan setiap kertas ini dibahagi kepada seksyen silinder dipanggil “burn rings”.
- Teknologi seksyen “burn rings” ini berfungsi memperlahankan pembakar rokok secara automatik sekiranya perokok tidak menghisap rokok agar dapat memanjangkan hayat pengambilan rokok ini.
- "Burn rings" mempercepatkan pembakaran apabila perokok menghisapnya supaya melebihkan mengambil asap.
- Daun tembakau digunakan semula dan disimpan biasanya di kawasan tip awal rokok dinyalakan (ujung permulaan rokok) dan juga memberi rasa yang berbeza apabila hisapan pertama.
Pembungkus Kertas Rokok (Kertas Timnah Aluminium)
- Pembungkus kertas rokok jenis kertas timah aluminium ini mempunyai fungsi sebagai menjaga ketahanan produk yang berbentuk sensitif dan mudah rosak apabila di kawasan yang terbuka kepada matahari dan kelembapan.
- Ia juga menghalang aroma yang kurang mengenakkan kepada kandungan dan jenama dan memberi pertampilan kepada bungkusan dan juga dari segi kualiti.
- Kertas timah aluminium ini mengekalkan keberkesanan halangan terhadap kelembaban dan melindungi tembakau daripada reput, campuran aroma berlainan dan bakteria dengan melindungi perubahan suhu dalam bungkusan.
- Kertas timah aluminium dalam pembungkus ini bersifat mandiri merangsang suhu panas dalam bungkusan tembakau tanpa pemanasan dari mana-mana sumber panas.
Fungsi Penapis Puntung Rokok
- Dua elemen yang selalu diserapkan dalam penapisan iaitu arang dan karbon.
- Fungsi arang ini adalah mengurangkan elemen gas dalam asap dan kandungan ini dimuatkan kepada dua bahagian iaitu bahagian sel putih serat di ujung mulut dan seisinya mengandungi arang.
- Lubang-lubang kecil dalam penapisan dicipta bagi penapisan ventilasi bagi mengurangkan mengeluaran tahap dan rasa komponen kandungan rokok ini.
- Ini membuatkan asap rokok ini berkurangan setiap hembusan rokok dan diciptakan bagi mengurangkan asap yang mengandungi pelbagai jenis gas seperti Tar dan Nikotin.
- Metode bagi menambah rasa yang kerap ditambah dalam rokok adalah menthol. Dengan menekan dan membahagikan dua penapis putung rokok ini, boleh dibubuhkan cecair ataupun biji-bijian menthol kedalamnya.
Salah satu cara bagi menambah rasa kedalam rokok
Sumber dipetik daripada : http://cigarettezoom.com/how-to-add-more-menthol-to-a-cigarette
No comments:
Post a Comment