Rokok atau juga di kenali dengan
‘Sigup’ merupakan satu teknologi yang di cipta, untuk di konsum oleh pengguna. Rokok
yang terdiri dari tiga komponen penting iaitu, kertas, tembakau dan penapis,
yang mana setiap komponen ini berperanan dalam membentuk teknologi rokok. Rokok
mewujudkan hubungan secara langsung dan tidak langsung yang di pengaruhi oleh
faktor-faktor seperti pertalian dan perpaduan. Keaktifan perjumpaan diantara
komuniti ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga kelapangan. Rokok,
seperti teknologi lain juga mengalami perubahan mengikut peredaran zaman dan
peningkatan teknologi yang membolehkan proses pemodenan dari rokok yang
bersifat tradisional hingga ke tahap rokok elektronik. Walaupun teknologi rokok
mengalami pelbagai kritikan dan cabaran dari pelbagai sudut perspektif,
setidak-tidaknya ia telah mewujudkan satu hubungan diantara perokok dan
menjadikan ia sebagai satu komuniti dari yang tidak kenal kini bersapa diantara
satu sama lain.
No comments:
Post a Comment