Transformasi Rokok



TRANSFORMASI ROKOK

Teknologi rokok, seperti teknologi lain juga mengalami perubahan dari segi bentuk, saiz, kandungan dan cara pembuatannya mengikut peredaran zaman. Dari penggunaan bahan yang di ekstrak dari bahan-bahan mentah, di ambil dan di bentuk secara manual hinggalah semudah membuka dari bungkusan yang hanya perlu dinyalakan sahaja. Perubahan dari ‘Sigup Kirai’ dan ‘Sigup Paip’ yang amat popular di kalangan masyarakat terdahulu menjalani proses mordenisasi dan produk dari proses ini menghasilkan rokok moden yang terdapat dikalangan masyarakat kini. Adaptasi dari rokok moden ini melahirkan satu lagi jenis rokok moden iaitu elektronik.

CURUT

  •  Sejarah permulaan penggunaan rokok tidak dapat dipastikan  sehingga pelayaran epik Columbus pada tahun 1429.
  • Rokok ini lebih besar berbanding rokok moden.
  • Tembakau yang di keringkan di gulung dengan menggunakan daun tembakau, berbanding rokok moden yang menggunakan kertas sebagai pembalut isi rokok.
  • Ini menunjukkan rokok jenis ini sarat penggunaan tembakaunya berbanding rokok lain.
  • Selain itu, kebanyakan rokok curut tidak mempunyai penapis, memberikan rasa asli asap tembakau pada setiap hisapan.



SIGUP KIRAI

  • Rokok  terawal yang di gunakan oleh masyarakat di Negara ini yang juga dikenali dengan Sigup Daun.
  • Kewujudan rokok ini tidak dapat dipastikan, kerana pensejarahannya tidak terlalu di titikberatkan, menurut informan, 74 tahun, di zaman remajanya rokok ini sudah wujud.
  • Pada mulanya, Sigup Kirai kebanyakannya di konsum oleh semua peringkat umur dari golongan muda hinggalah ke golongan veteren, kini penggunannya semakin berkurangan, kebanyakannya hanya dikalangan golongan veteren sahaja.
  • Akan tetapi, di sebahagian tempat pendalaman, Sigup Kirai masih di konsum secara meluas dari golongan muda hingga ke warga emas.
  • Bahagian luarnya diperbuat daripada Daun Nipah, yang mana daun ini di pisahkan dari ‘tulangnya’, dan bahagian atas daun tersebut di nipiskan, seterusnya di jemur.
  • Tembakau atau lebih dikenali dengan ‘Sigup Berunai’ di isikan dan digulung dengan rapi.

Komponen Isi Sigup Kirai 









Sumber Temubual Mengenai Sigup Kirai





Cara Membuat Sigup Kirai



SIGUP PAIP

  • Kemunculan rokok jenis ini dikalangan masyarakat Melayu Brunei selari dengan penggunaan Sigup Kirai.
  • Paip atau juga digelar Sigupan ini kebanyakkannya diperbuat daripada kayu, berukuran sekitar 4-5 inchi, dengan ruang tempat menyimpan tembakau berdiameter 1-1.25 inchi dengan kedalaman 1-1.5 inchi.
  • Sigup Berunai akan di isikan pada ruangan yang tersedia dan bahagian atasnya di nyalakan.
  • Apabila bahagian paip di hisap, bara di bahagian atas Sigup Berunai akan merebak ke bahagian bawah, dan melalui proses ini, asap tercipta.
  • Rasa yang hampir sama dengan Sigup Kirai, oleh kerana penggunaan komponen utama yang sama, Sigup Berunai.
  • Banyak yang beralih ke rokok jenis ini dari Sigup Kirai kerana penggunaannya yang lebih ringkas.




ROKOK BIASA

  • Hasil dari perubahan teknologi yang semakin canggih, rokok moden yang ada pada masa kini berjaya di hasilkan.
  • Ternyata rokok jenis ini merupakan yang paling senang di gunakan berbanding jenis-jenis rokok yang terdapat sebelum ini.
  • ia hanya perlu dinyalakan setelah dikeluarkan dari bungkusan.
  • Hasil dari penemuan teknologi ini juga, penambahan rasa juga boleh dilakukan.

ROKOK ELEKTRONIK

  • Peralihan penggunaan bahan didalam pembuatan rokok, dari penggunaan tembakau asli , balutan kertas dan penapis yang seakan span ke penggunaan besi  sebagai permukaan bahagian hadapan dan penapis yang diperbuat daripada plastik.
  • Jika rokok moden, bahagian hadapan perlu dinyalakan, tetapi bagi rokok elektronik pula, penggunaan bateri diaplikasikan untuk ‘menghidupkan’ teknologi ini.
  • Bateri perlu di cas sebelum digunakan, dan rokok jenis ini bukan jenis pakai buang seperti rokok biasa.
  • Sebaik sahaja bahagian penapis di hisap, bahagian hadapan akan menyala, seumpama ada bara seperti yang terdapat pada rokok biasa.
  • Pemilihan perasa boleh di buat, hanya dengan mengisikan perasa yang di inginkan ke dalam ruang yang disediakan pada bahagian penapis. 


No comments:

Post a Comment