Komuniti Perokok
- Komuniti itu dapatlah kita fahami sebagai satu kelompok individu yang menghasilkan masyarakat dalam sesebuah tempat atau kawasan.
- namun terdapat pelbagai perspektif dalam memahami konsep komuniti ini à Fokus Kajian pengkaji : kepada komuniti yang mempunyai persamaan dalam ‘interest’ atau kesukaan, iaitu rokok.
- Kaedah digunakan untuk memeroleh data : Kaji selidik à 300 keping telah diedarkan.
- Objektif : Membuktikan kewujudan Komuniti dari teknologi rokok
Analisis Data
- Beberapa bukti telah diekstrak dan dipercayai mampu menguatkan sekaligus membuktikan kewujudan komuniti dari teknologi rokok.
Bukti 1 : Siapa Komuniti ini? à 151 responden adalah perokok.
- Komuniti ini tidak mengira jantina à Lelaki: 82 responden dan Perempuan : 69 responden
- Komuniti ini merangkumi pelbagai kerjaya.
- 48 % dari responden mengatakan komuniti perokok ini adalah satu kumpulan yang mempunyai 3 ke 5 orang ahli.
à Komuniti tidak
bersifat diskriminasi (tidak menghadkan dari pelbagai aspek : Umur, Jantina dan
Kerjaya)
Bukti 2 : Hubungan yang diwujudkan
1. Dua
hubungan : 1. Hubungan secara langsung
2. Hubungan yang tidak langsung
- Hubungan secara langsung – memiliki hubungan yang rapat di antara masing masing
- Dari data yang diperolehi, 87 % responden menyatakan mereka mempunyai hubungan dengan ahli-ahli perokok ini iaitu Ahli Keluarga (24%) , Kawan (36 %) dan rakan sekerja (27 %).
- Hubungan tidak langsung – dua atau lebih kumpulan perokok dalam satu tempat tanpa ada hubungan.
- Dari data yang diperolehi, 79 % menyatakan terdapat kelompok perokok lain dalam tempat yang sama – ini membuktikan terdapat hubungan yang tidak langsung telah berlaku di kelompok itu.
2.
Hubungan tidak terhad : merangkumi Perokok dan juga bukan perokok.
- Ini dapat dibuktikan melalui data yang diperolehi iaitu 62% responden menyatakan komuniti perokok merangkumi perokok dan juga bukan perokok.
- Dari peratus Bukan perokok sebanyak 37 % responden merupakan ahli/sebahagian dari komuniti perokok, ini disebabkan hubungan secara langsung (Keluarga, Kawan dan Rakan sekerja). Mereka sudah terbiasa dengan kumpulan ini dan tabiat merokok semasa berkumpul atau melepak.
Bukti 3
: Tempat dan waktu perkumpulan
- Waktu kumpulan ini berkumpul – Pagi (19%) , Tengahari (25%) , Petang (27%) , Malam (29%)
- Majoriti responden (29%) menyatakan masa berkumpul bagi komuniti perokok adalah malam, ini disebabkan mereka lebih selesa berkumpul pada waktu malam kerana kurang dedahan iaitu kurang diperhatikan oleh orang ramai dan malam merupakan waktu untuk melepak disebabkan majoriti mereka memiliki kelapangan pada masa itu.
- Tempat berkumpul pula majoriti menyatakan bahawa kedai makan merupakan tempat dimana mereka biasa berkumpul, dan data yang diperolehi juga menyatakan sebanyak 61 % responden memilih tempat yang terbuka untuk berkumpul.
- Maksud ‘terbuka’ disini adalah tidak terkurung dan banyak ruang untuk bergerak dan asap rokok tidak terkumpul.
- Pemilihan tempat terbuka ini mempengaruhi pilihan tempat berkumpul bagi komuniti perokok kerana kedai makan pada masa kini telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam yang agak tertutup dan dilengkapi dengan penghawa dingin atau kipas angin, dan bahagian luar yang agak terdedah dan terbuka kepada persekitaran.
- Selain itu kedai makan merupakan tempat yang boleh diakses bagi komuniti ini memandangkan waktu perniagaan bagi kebanyakan kedai makan pada masa kini kadang-kadang sampai tengah malam dan sesetengahnya sampai subuh, contoh T.K restaurant, WYWY Restaurant, Seri Mama Restaurant, dan sebagainya.
Rokok Menyatukan Komuniti
- Dari data kaji selidik, sebanyak 80 % responden menyatakan bahawa rokok mampu mencipta komuniti.
- Dan menurut data yang dikaji sebanyak 72 % perokok dari responden perokok lebih suka merokok secara berkumpulan dan ini secara tidak langsung mencipta komuniti itu sendiri.
- Dari bukti di atas, jika dilihat fenomena ini secara mendalam ia telah menyatukan komuniti tanpa mengira umur, kerjaya dan jantina., komuniti ini tidak terhad kepada perokok sahaja malah kepada bukan perokok juga serta hubungan yang terhasil adalah berdasarkan pertalian yang akrab dan juga hubungan yang tidak langsung. Apa yang difahami perkumpulan komuniti ini didorongi dengan alas an majoritinya disebabkan faktor masa dan pemilihan tempat dimana secara majoritinya perkumpulan komuniti ini berlaku pada waktu malam di kedai-kedai makan disebabkan kelebihan-kelebihan yang disediakan seperti yang dijelaskan dalam bahagian atas.
No comments:
Post a Comment